Ada suatu kisah, yg mengisahkan tentang sepasang kekasih yg konon2 nya sangat2 bahagia dengan percintaan mereka kat muka bumi ni. Hakikatnya tak pon? memang banyak yg orang sudah gembar gemburkn tentang mereka ini, tapi apa kita boleh buat cuma dengar dan diam.
Memang itu lah gelagat manusia.
pasangan kekasih ini amat terkenal dengan lagak mereka, si dara nya pula tak habis-habis dengan memberitahu pada semua orang tentang kisah hidupnya yg serba sempurna dan hidupnya yg sering dilimpahi dengan kekayaan, padahal semua tahu itu adalah harta bapanya. Dan si dara ni juga sering menunjuk2 pada semua orang, dia juga sering menceritakan yg dia ini punya buah hati pengarang jantung yg sangat disayangi, punya sahabat2 yg datangnya dari golongan yg hebat2 belaka,pandai lagi bijak sana, cantik2, dan dia juga sering menceritakan yg kehidupannya sering dilanda pelbagai masalah. Kadang penceritaan si dara tu seolah-olah hanya dia saja di muka bumi ni yg dilanda masalah. Dan apa yg paling ketara tentang si dara ini ialah dia tiada pendirian yg tetap. hidup seperti lalang apa orang ada itulah yg dia cuba dapatkan. Jika punya masalah sering dibesar2kan, sering dihebohkan pada orang ramai.
Si uda nya pula lebih kurang sama, cuma si uda nya lebih pada diam diri. Dan si uda ni juga agak sombong orangnya. Dulunya peramah kini bertukar menjadi seorang yg agak sombong, lupa pada sahabat2 lama nya. semua tak tau apa puncanya hanya mengerti saja paham.
pada aku, hidup ni cuma sementara so u no need la girl to do like that, malu sebab kite ni perempuan. Kisah yg aku papar ni memang betol2 ada dan orang tu amat dekat dengan kita cuma kita saje yg tak perasan dengan keadaan ini. kalau ada probs sekali pon jgn heboh2kan bukan dapat pe pon yg akan dapat nanti cuma malu dan orang dah tentu2 nak gelakkan je. Semua tahu kamu kaya tapi jgn macamtu sebab ada yg lebig kaya dari kite2 ni semua tapi tak menunjuk pon? apa yang kite ada sekarang seperti kawan, boyfriend, harta, jage la elok2 kan tak perlu rasenya nak di hebohkan sampai2kan orang mula mengata. Diri sendiri gak yg malu. And 1 more thing, jangan la jadi macam lalang. Dan jangan terlalu memilih dengan siapa kita ni nak berkawan.
hugs | loves
yaya
No comments:
Post a Comment